GPS BESTARI NEWS

Berita dari GPSbestari tentang Success Revolution Academy, 29/9/19.

“Ini kali pertama kami menerima anugerah MBOR. Tak sangka, masih terkejut dan dalam masa yang sama berterima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf seminar UPSR ini,” – Roslan Faizee

BANGI – Program Revolusi Target dan Skor 6A anjuran Success Revolution Academy dianugerahkan Malaysia Book Of Records (MBOR) atas kejayaan penyertaan teramai dalam Seminar UPSR berkenaan.

Seminar yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 6 petang, di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, 7 Julai lalu, berjaya dihadiri seramai 1,350 murid Tahun Enam dari sekolah sekitar Bangi, Putrajaya, Kajang, Dengkil, Sepang, Semenyih, Bukit Jalil dan Seri Kembangan.

Pengasas Success Revolution Academy, Coach Roslan Faizee Seeni Ameerdeen berkata, pengiktirafan MBOR terhadap program tersebut di luar jangkaannya.

Ditanya mengenai strategi yang digunakan sehingga mampu menarik ramai calon UPSR datang ke seminar, ini kata Coach Roslan Faizee.

“Kami sediakan teknik belajar yang menyeronokkan dan memberangsangkan sepanjang program berlangsung.

“Malah, kami juga menyediakan pengangkutan secara percuma dari sekolah ke dewan seminar bagi memudahkan ibu bapa,” ujarnya.

Sebanyak 34 buah bas disediakan di sekolah yang terlibat bagi memudahkan peserta datang ke program berkenaan.

Sementara itu, Program Revolusi Target dan Skor 6A yang turut disertai sembilan pegawai tertinggi dari Success Revolution Academy dengan dibantu 19 fasilitator daripada KUIS, bertujuan membantu murid mengetahui teknik yang betul ketika menduduki peperiksaan.

“Kita sediakan empat guru pakar yang berpengalaman lebih daripada 15 tahun untuk membantu calon UPSR tahu teknik sebenar setiap subjek UPSR.

“Teknik yang dikongsi ialah teknik menjawab kertas Bahasa Melayu 1 & 2, teknik menjawab kertas Bahasa English 1 & 2, teknik menjawab soalan Matematik dan teknik menjawab soalan Sains ,” ujarnya.

Selain Coach Roslan Faizee yang juga bertindak sebagai motivator program, juga turut serta berkongsi ilmunya ialah Coach Abdul Subhan Mahfooz yang mengisi slot motivasi pagi.     

Menerusi seminar UPSR itu juga, peserta memperoleh ilmu secara mendalam mengenai cara skor dengan mudah semua subjek menggunakan “High Impact Learning Method” dan Fun Learning.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh baca di website GPSbestari, link adalah https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/selangor/program-revolusi-target-dan-skor-6a-terima-anugerah-mbor-1.929197 . Dan terima kasih GPSbestari kerana menghadiri program kami.

Kami harap, para pelajar dapat mengenali kami. Kerana harapan kami mudah sahaja. Untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *